BAJU KEBAYA
Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni. Dipercayai kebaya berasal daripada kaum Cina yang berhijrah ke Nusantara ratusan tahun yang lalu. Lalu menyebar ke Melaka, Jawa, Bali, Sumatera,dan Sulawesi. Setelah penyesuaian budaya yang berlangsung selama ratusan tahun, pakaian itu diterima oleh penduduk setempat.
BAJU KEBAYA NYONYA
Ukuran biasa dengan selisih bahagian dada ditutup, jadi jika anda hanya menggunakan satu kerongsang pada pinggang. Keistimewaan Kebaya Nyonya letaknya pada seni sulaman goyang yang halus jahitannya menghiasi runcing hujung baju, bahagian belakang, pelipat depan dan lengan baju. Bagaimanapun, selari peredaran zaman, sulaman pada kebaya nyonya kini kebanyakannya menggunakan komputer atau mesin jahit elektrik kerana kos dan proses kerjanya yang mudah dan cepat. Baju kebaya Nyonya biasanya akan dipadankan bersama kain batik sarung atau batik lepas yang diikat kemas. Asas bagi sepasang baju kebaya Nyonya adalah ringkas khususnya reka bentuk sulam pada bahagian lapik kain ziq zaq, lubang butang dan tebuk lubang, manakala fabrik yang biasa digunakan adalah daripada jenis kasa rumbia. Sulaman itu adalah hasil campuran motif bunga, figura atau geometri yang disulam dengan jahitan satin `zig zag' Baba dan Nyonya, corak dan rekaan kebaya adalah berlainan mengikut majlis yang dihadiri.
BAJU KURUNG KEDAH
Baju Kurung Kedah ini popular dalam masyarkat Melayu kita di Malaysia ini. Ia merupakan salah satu potongan baju yang agak ringkas, mudah membuatnya dan lehernya juga adalah sama seperti membuat leher kurung. Pengaruh Siam dapat dilihat pada busana tradisional masyarakat Kedah. Antaranya ialah Baju Kurung Kedah yang hampir menyerupai blaus pendek Siam, agak singkat dari baju kurung biasa, namun manis dipadan dengan kain sarung lipat. Baju Kurung Cekak Musang beserta samping atau digaya bersama Baju Sikap Kedah digemari oleh golongan lelaki. Baju Sikap Kedah ini dipakai seawal tahun 1786, mempunyai butang ke paras pinggang dengan seluar potongan Cina.
BAJU KURUNG PAHANG
Baju Kurung Pahang kami adalah seperti baju kurung biasa TETAPI tanpa kekek dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Baju Kurung Pahang dari material chiffon dan silk. Baju dari material chiffon yang sangat lembut dan tiada lining. Kain mempunyai susun belakang dari material silk yang lembut serta sejuk dipakai dan tidak perlu lining. Warna dan corak yang menarik. Material baju ialah chiffon manakala material kain ialah sutera crepe asli (crepe silk) yang sangat lembut dan sejuk dipakai. Baju tidak mempunyai lining dan perlu dipakai bersama inner berwarna gelap. Kain tidak jarang, tampak elegan dengan jahitan fesyen kipas belakang. Corak batik yang unik dan eksklusif.
BAJU KURUNG JOHOR
Baju Kurung Teluk Belanga dikenali sebagai baju Kurung Johor. Asalnya labuh hingga di bawah punggung, cekak lehernya lebar dan berkocek dua. Selain baju Kurung Johor, baju kurung pesak gantung turut popular di kalangan wanita Melayu. Baju kurung pesak gantung yang berasal dari Johor ini mungkin menjadi pilihan ramai wanita kerana ia amat sesuai dengan semua bentuk potongan badan sama ada kurus atau gemuk. Cuma ia tidak mempunyai kekek sapu tangan kerana dipotong sekali dengan bahagian pesak. Wanita yang bertubuh kurus dapat menyembunyikan potongan kurus badan dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang keras sedikit seperti kasa, sutera mentah, kain kapas dan sebagainyanya halus, berkocek tiga dan potongan badannya longgar.
BAJU KURUNG RIAU
Energy Collection ,
ingin menerangkan apa yang dimaksudkan KURUNG RIAU ENERGY COLLECTION, Baju Kurung Riau kami adalah seperti baju kurung Pahang TETAPI tanpa kekek dan mempunyai pesak yang terbahagi kepada 2 bahagian atau pesak gantung dan mempunyai cutting dibahagian pinggang. Pesak untuk baju Kurung Riau ini adalah kembang dibahagian bawah. Baju ini amat sesuai untuk orang yang bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan ianya dapat menyembunyikan bahgian punggung .
BAJU KURUNG MODEN
Baju Kurung Moden kembali semula di persada fesyen tempatan. Mempunyai ciri-ciri asas potongan blaus. Dua pasang baju kurung berlainan warna telah pun selamat ke tangan tuannya. Hanya sample baju menjadi ukuran. Sebenarnya mengambil ukuran sedemikian rupa memang mencabar. Walau apa pun "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" Kepada yang ingin menempah Baju Kurung Moden sila-silakanlah. Untuk fesyen kainnya terpulang kepada pilihan masing-masing. Kain kipas tepi biasa, lipat depan atau plet belakang.