BAJU KURUNG JOHOR
Baju Kurung Teluk Belanga dikenali sebagai baju Kurung Johor. Asalnya labuh hingga di bawah punggung, cekak lehernya lebar dan berkocek dua. Selain baju Kurung Johor, baju kurung pesak gantung turut popular di kalangan wanita Melayu. Baju kurung pesak gantung yang berasal dari Johor ini mungkin menjadi pilihan ramai wanita kerana ia amat sesuai dengan semua bentuk potongan badan sama ada kurus atau gemuk. Cuma ia tidak mempunyai kekek sapu tangan kerana dipotong sekali dengan bahagian pesak. Wanita yang bertubuh kurus dapat menyembunyikan potongan kurus badan dengan memakai baju kurung pesak gantung yang dibuat daripada jenis kain yang keras sedikit seperti kasa, sutera mentah, kain kapas dan sebagainyanya halus, berkocek tiga dan potongan badannya longgar.

0 ulasan:

Catat Ulasan