BAJU KEBAYA NYONYA
Ukuran biasa dengan selisih bahagian dada ditutup, jadi jika anda hanya menggunakan satu kerongsang pada pinggang. Keistimewaan Kebaya Nyonya letaknya pada seni sulaman goyang yang halus jahitannya menghiasi runcing hujung baju, bahagian belakang, pelipat depan dan lengan baju. Bagaimanapun, selari peredaran zaman, sulaman pada kebaya nyonya kini kebanyakannya menggunakan komputer atau mesin jahit elektrik kerana kos dan proses kerjanya yang mudah dan cepat. Baju kebaya Nyonya biasanya akan dipadankan bersama kain batik sarung atau batik lepas yang diikat kemas. Asas bagi sepasang baju kebaya Nyonya adalah ringkas khususnya reka bentuk sulam pada bahagian lapik kain ziq zaq, lubang butang dan tebuk lubang, manakala fabrik yang biasa digunakan adalah daripada jenis kasa rumbia. Sulaman itu adalah hasil campuran motif bunga, figura atau geometri yang disulam dengan jahitan satin `zig zag' Baba dan Nyonya, corak dan rekaan kebaya adalah berlainan mengikut majlis yang dihadiri.

0 ulasan:

Catat Ulasan